Selasa, 26 Julai 2011

There's a Lil thing means big

Assalammualaikum W. W.
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Alhamdulillah, keadaan luka semakin lama semakin baik, dah nak kering pun, walaupun mengambil masa yang lama, namun amat bersyukur kerana sudah mampu berjalan, tidak menyusahkan banyak pihak seperti pada awalnya dahulu.

Pada keadaan ini, perasaan tidaklah begitu riang atas sebab baru bangun kemungkinannya, mungkin ada sebab lain, tapi kebiasaannya memang begitulah, apabila bangun daripada tidur umpama 'aircond' yang baru sahaja di buka, mungkin itu gayanya.

Ramadhan hampir kunjung tiba, kunjungan yang telah dinanti-nantikan oleh umatNya yang amat menantikannya namun tidak pula bagi sebilangan manusia yang kurang merasai nikmat Ramadhan yang penuh barakah ini. Moga-moga umat manusia yang bergear Islam dapat hidupkan Ramdahan ini dengan penuh keinsafan, keimanan dan mendapat berkat daripada yang Esa.

Di sudut yang ingin dibayangkan, seseorang yang mampu berfikir dan mempunyai jiwa yang boleh digunakan dengan baik, bijak dan sebiasa yang boleh seharusnya bersyukur dengan kurniaan yang diberikan oleh Ilahi, kebesaranNya itu patut disyukuri dengan menggunakannya pada landasan yang benar. Melalui pemikiran, munculnya pendapat, seperti yang boleh difahami, dunia ini berbentuk pelbagai tapi tujuannya satu, pelbagai ini unik, bukan sahaja luaran (fizikal) sahaja unik namun dalaman (spiritual) pun berbentuk unik, pemikiran manusia juga pelbagai. Setiap manusia mempunyai pendapat tersendiri yang kadang-kadang bersamaan dengan manusia yang lain dan kadang-adang sebaliknya.

Pendapat ini secara zahirnya dirasai oleh manusia yang memikirkannya sebagai satu kenyataan atau fakta yang benar dan jika dilanggari oleh manusia yang lain, percanggahan pendapat berlaku. Apabila berlakunya percanggahan pendapat, manusia masing-masing ingin meletakkan pendapat mereka yang perlu diutamakan. Penyelesaian yang boleh dicapai adalah perdengarkan pendapat-pendapat tersebut dan bersifat lebih terbuka dan menerima. Hal ini demikian kerana tidak semua pendapat yang kita rasakan betul dan tidak semua pendapat orang lain itu adalah salah kerana manusia itu dilahirkan tidak sempurna.

Khamis, 23 Jun 2011

Chini itu Kali pertama dijejaki


Assalammualaikum warahmatullah
Salam sejahtera

Pada 1 Febuari - 4 Febuari telah diadakan Program Baktisiswa anjuran DPP (Dewan Penginapan Pelajar) Bank Rakyat, UUM di Felda Chini 3. Program Baktisiswa ini bertujuan untuk pelajar-pelajar UUM mengenai cara kehidupan masyarakat setempat dan memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat sekeliling selain daripada mendapatkan keluarga angkat di sana.

Saya selaku salah seorang peserta adalah dengan bangganya mengatakan program ini adalah program baktisiswa pertama saya. Agak gementar dan masih berasa seronok dengannya. Pelbagai aktiviti untuk penuhi perjalanan program telah disediakan.


Bersama keluarga angkat, ayah dan mak bersama roomate sendiri yang menjadi housemate

Di sana, ayah angkat saya bernama En. Abu Talib, sangat baik orangnya. Malangnya sukar nak dihubungi sehingga sekarang ini. Dia ada juga kontak tapi tak boleh dengar seara jelas. InsyaAllah akan cuba kontak lagi. Saya ditempatkan bersama dengan roomate UUM saya sendiri, saudara Farid Zul. Nama mak angkat tak ingatlah. Hehe. Adik-adik angkat bernama Imran dan Tarmizi, ada lagi yang lain tapi semua tiada di rumah.

Macam-macam aktiviti disediakan macam gotong-royong, sukaneka, malam aspirasi seni dan ramah-mesra penduduk kampung dan pelajar-pelajar UUM. Program kali ini diikuti oleh 4 orang pelajar UMS (pertukaran pelajar). Sama dengan program-program lain, senang mengenali kenalan-kenalan baru dan seperti biasa, program kedua kami 5 beradik bersama. Hariz, Farid, Shazwi, Zulfian dan Syamil.

Rajin deme ni bergotong-royong

Seronok ye Zulfian dan Shaz kat belakang 2 jalan2 di Tasik Chini

from left: Shazwi, Farid, Me, Zulfian dan Syamil

Masa sukaneka bersama keluarga angkat saya dan geng2 teddy Shaz serta bakal YDP MPP

Jadi memang pelbagai aktiviti diadakan tetapi secara tolak bandingnya, ada la masalah yang perlu diambil berat seperti penjagaan masa. Janganlah sesuatu aktiviti itu melangkaui jam 12 tgh malam dan disebabkan aktiviti yang sangat padat, peluang untuk bersama keluarga angkat menjadi kurang. Anyway and anyhow program BAKSIS ini boleh tahan gempaklahhh.

1st Program Semester 2 - Langkawi KPO

Assalammualaikum warahmatullah
Salam Sejahtera.

The story begins with Bismillahhirrahmannirrahim. Pada 27 Januari - 29 Januari 2011, Kursus Pengurusan Organisasi untuk COLGIS ( Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa di Langkawi. First of all, this is my 1st time ever going to Langkawi. Peluang ke sana tidak dilepaskan after dapat invitation daripada seorang rakan yang mengatakan pergi under Kelab Sains Politik, UUM.

Pada pagi sebelum berangkat itu, baru nak mengemas. sampai2 di stesen bas. Hariz adalah peserta paling lewat tiba. Bergerak ke Kuala Perlis (Jeti), dalam pukul 8 pagi kalau tak silap. Di jeti, macam2 perangai ada. Berrgambar la ape lagi.



Gambar kat atas adalah gamar geng2 Sains Pollitik yang pergi. Pada awalnya saya ingatkan Trip ni lebih kepada terbuka dan tidak melibatkan sesuatu yang memberatkan tetapi alangkah terkejutnya saya trip ni lebih kepada Majlis Tertinggi dan EXCO2 Persatuan-persatuan yang terdapat di dalam COLGIS dan membincangkan tentang Hala Tuju persatuan serta projek-projek yang akan dilaksanakan.

Kami ditempatkan di sebuah Hotel ke Villa entah di Pulau Cenang, kat situ kami diberikan pelbagai siri ceramah, kursus, dan pengajaran-pengajaran mengenai cara mengendalikan sesebuah organisasi serta projek-projek. Kertas kerja dan budgetting pun tidak patut dilupakan.


Salah satu perbincangan

Ada disediakan slot-slot untuk menghilangkan tekanan sebagai Majlis Tertinggi dan Exco. Aktiviti di Pantai dan pada malam terakhir pula diadakan makan malam istimewa bersama persembahan karaoke. Dr. Martada pun tuju satu lagu.

Seronok pengalaman ini walaupun dapat pergi atas tiket kawan bagi dan bukan sebagai pemegan-pemegang jawatan. Pengalaman dan kenangan yang diperolehi akan disimpan dengan baik. Sebelum balik, pergi shopping dulu. Saya beli coklat sampai tak ingat dunia. Hehe. Kawan dan kenalan baru pun ramai je di sana selaon yang memang kami 5 beradik program. Saya, farid, Shaz, Zulfian dan Syamil.

gambar kenangan sebelum keluar daripada tempat tersebut

Ini adalah program pertama saya pada semester 2 dan program pertama saya keluar daripada UUM. InsyaAllah kenalan yang dikenali akan sentiasa diingati dan apa tanggungjawab yang diberikan akan dilakukan sehabis baik.

It will last forever~~ insyaAllah

Assalammualaikum warahmatullah.
Salam Sejahtera

Disebabkan kemalangan yang berlaku, saya hanya mampu duduk rumah untuk berehat atas sebab luka-luka dalam yang masih belum sembuh. Nak bergerak pun adalah satu kesusahan kerana kaki kiri ini lukanya berada pada buku lali. berhampiran ibu jari dan lutot. Jadi, kena kuat sikit.
Hikmahnya, macam2 hikmahnya kat sini. meh kita cite sama2. 1stly, kalau nak bawa motor pakailah kasut. tak pakai kasut, macam ini jadinya, kaki jadi horror. 2ndly, kalau dah terlanggar sesuatu di jalanraya, perlahankan kenderaan anda, mana tahu tayar tetibe bocor. 3rdly, mestilah bawa dengan lebih perlahan. saya bukan mat rempit tapi laju 2 boleh tahan le. hehe. kit cuba baiki pasal ni.

Selain tu, hikmah lain adalah dapat la duduk rumah lama-lama. Tengok je rumah nie. Selalu asyik merayap je. hehe. Sayang jangan risaukan abang taw, abang oke2 aje. See, i can write this entry eventhough kaki sakit. Sama-sama elakkan ye. Podih bonar ni haa, Insap2...

Sabtu, 18 Jun 2011

For a Long Time never write anything. So, I am posting somethinggg

Assalammualaikum warahmatullah...

Tajuk cerita hari ini memang saja buat macam itu. Sungguh lama tak buat entry. Puncanya? Malas and terlampau sibuk dengan banyak perkara. Malas? Hariz = malas. Kena ubah tu. Sibuk? Bila dah sibuk, tak ingat sangat dah nak write an entry nieyh.

Sebenarnya nak susun cerita what am I doing masa semester 2, banyakkk... apa yang banyak? banyak ceritanya. Hehe. InsyaAllah akan diceritakan satu per satu. Entry2 dalam nie pun hanya nak mengingatkan apa yang pernah dilakukan waktu dulu untuk masa depan. Kisah hidup sendiri. Kita start cerita daripada masa sekarang ke waktu2 terbelakang la ye. reverse mode.

Apa yang berlaku sekarang? This moment. Saya baru je terlibat dengan kemalangan 2 hari lepas. How it was happened? secara ringkas, terlanggar sesuatu yang macam besi di highway, teruskan perjalanan dalam 1 meter, tiba2 tayar belakang bocor, motor menjadi tidak stabil dan ke kiri kanan akhirnya motor terjatuh dan terseret beberapa sentimeter. Dah nak jadi. Habes luka kaki dan tangan. lutot pun luka sama, calar nampak daging sikit. Belah kaki tu je la lebih2 sampai nak berlubang pula. HAHA. Today is the 2nd day I am recovering. Pedih tapi buat tak tahu je lahh,

Jadi, mak dan ayah pun berkata inilah masanya si hariz nak belajar duduk rumah lama-lama. Dah kerja asyik merayau je. kena Hospitalised. Alhamdulillah jatuh di belah kiri jalan dan bukan di kanan jalan, kalau belah kanan jalan? entahlah. malas nak cakap.

Minta maaf kat sayang because tak dapat nak jumpa before u're flying back to your hometown. hehe. Jiwang sejenak pulak. okeh, alang2 dah banyak masa nie, akan update la cerita2 seperti di Langkawi, Chini, Melaka, Cameron, Parit Buntar, dan Pangkor. Stay tuned...

p/s : to all my fren yang risau, jangan risau sampai nanges2 ye (dengar 2 shaz), im just fine... nak buka luka 2 normal la pedih sikit. SAYA KUAT :)

Jumaat, 21 Januari 2011

New Semester .. New Hope

As Salam dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca

Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya saya masih diberi kekuatan untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan insan di muka bumi ini.

Sudah lama tidak membuat sebarang topik/cerita baru untuk blog ini. Sifat malas masih menghantui diri dan kebanyakkan hari sungguh sibuk dengan kegiatan harian yang terlampau padat. Seronok bercuti di Shah Alam tapi kini sudah kembali ke Universiti Utara Malaysia untuk meneruskan perjuangan di semester 2.

Tidak banyak yang mahu dikongsi bersama. Hanya sedikit ilmu keduniaan dan insaniah serba sedikit. Itu pun hanya datang daripada pendapat diri sendiri melalui pengalaman yang dilalui dengan menjadi diri sendiri.

Kekurangan perasaan yang penuh yakin dan perasaan sangat seronok pada suatu ketika memang ada buruknya. Seseorang yang kurang yakin akan mendapati dirinya bermasalah untuk melakukan sesuatu, kebiasaannya terjadi apabila membuat sesuatu yang sangat penting dan berisiko tinggi serta melakukan tanggungjawab yang sangat berat. Perkara ini perlu kita hindari supaya tidak akan berlaku masalah-masalah lain disebabkan tidak begitu yakin pada diri sendiri seperti kerja menjadi tertangguh, kerja yang dilakukan akan menjadi tidak begitu sempurna atau kurang baik, lahirnya perasaan sangat takut mengenai perkara itu tidak dapat dijalankan dan sebagainya. Penyelesaiannya daripada pendapat diri saya sendiri, cuba lakukan yang terbaik dengan penuh keyakinan melalui aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan interaksi untuk meningkatkan keyakinan kita dan tingkatkan pengetahuan am mengenai sekeliling kita. Tambahan lagi, mulai berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang lebih berpengalaman pun boleh membantu.

Perasaan yang terlalu seronok pada satu ketika secara tiba-tiba mungkin akan mengakibatkan kita tidak dapat mengawal diri kita pada ketika itu. Ada banyak keburukannya. Perasaan ini berupaya untuk menjadikan kita lebih biadab dan kurang menghormati orang sehingga membuat perasaan individu lain terguris. Walaupun ada kebaikkannya namun jika tidak di kawal, perkara yang telah dinyatakan boleh terjadi. Penyelesaiannya, memang perlu jadi sendiri tetapi cuba perbaiki dari segi kawalan diri semasa terlalu seronok (excited) itu dengan menjadi lebih diam dan kurangkan berkata-kata. Pada awalnya memang agak sukar namun lama-kelamaan pasti boleh dihindari jikalau cuba sedikit demi sedikit.

Ini hanya motivasi untuk diri senditi supaya belajar menjadi lebih matang dan berjaya dalam mengharungi cabaran-cabaran yang pasti akan dilalui. Kelemahan yang perlu diperbaiki oleh diri saya sendiri untuk menjadi yang lebih baik. Sifat-sifat yang perlu dibuang atau perlu dikurangkan dalam diri saya supaya hidup pun banyak berjasa daripada merasa sahaja. Harap apa yang disampaikan dapat menjadi renungan rakan-rakan sekalian. Saya cuma menyatakan penyelesaian untuk kelemahan diri sendiri bagi renungan bersama. InsyaAllah. Kurangkan sifat mazmumah (keji) dan perbanyakkan sifat mahmudah (terpuji). Amin!