Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya saya masih diberi kekuatan untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan insan di muka bumi ini.
Sudah lama tidak membuat sebarang topik/cerita baru untuk blog ini. Sifat malas masih menghantui diri dan kebanyakkan hari sungguh sibuk dengan kegiatan harian yang terlampau padat. Seronok bercuti di Shah Alam tapi kini sudah kembali ke Universiti Utara Malaysia untuk meneruskan perjuangan di semester 2.
Tidak banyak yang mahu dikongsi bersama. Hanya sedikit ilmu keduniaan dan insaniah serba sedikit. Itu pun hanya datang daripada pendapat diri sendiri melalui pengalaman yang dilalui dengan menjadi diri sendiri.
Kekurangan perasaan yang penuh yakin dan perasaan sangat seronok pada suatu ketika memang ada buruknya. Seseorang yang kurang yakin akan mendapati dirinya bermasalah untuk melakukan sesuatu, kebiasaannya terjadi apabila membuat sesuatu yang sangat penting dan berisiko tinggi serta melakukan tanggungjawab yang sangat berat. Perkara ini perlu kita hindari supaya tidak akan berlaku masalah-masalah lain disebabkan tidak begitu yakin pada diri sendiri seperti kerja menjadi tertangguh, kerja yang dilakukan akan menjadi tidak begitu sempurna atau kurang baik, lahirnya perasaan sangat takut mengenai perkara itu tidak dapat dijalankan dan sebagainya. Penyelesaiannya daripada pendapat diri saya sendiri, cuba lakukan yang terbaik dengan penuh keyakinan melalui aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan interaksi untuk meningkatkan keyakinan kita dan tingkatkan pengetahuan am mengenai sekeliling kita. Tambahan lagi, mulai berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang lebih berpengalaman pun boleh membantu.
Perasaan yang terlalu seronok pada satu ketika secara tiba-tiba mungkin akan mengakibatkan kita tidak dapat mengawal diri kita pada ketika itu. Ada banyak keburukannya. Perasaan ini berupaya untuk menjadikan kita lebih biadab dan kurang menghormati orang sehingga membuat perasaan individu lain terguris. Walaupun ada kebaikkannya namun jika tidak di kawal, perkara yang telah dinyatakan boleh terjadi. Penyelesaiannya, memang perlu jadi sendiri tetapi cuba perbaiki dari segi kawalan diri semasa terlalu seronok (excited) itu dengan menjadi lebih diam dan kurangkan berkata-kata. Pada awalnya memang agak sukar namun lama-kelamaan pasti boleh dihindari jikalau cuba sedikit demi sedikit.
Ini hanya motivasi untuk diri senditi supaya belajar menjadi lebih matang dan berjaya dalam mengharungi cabaran-cabaran yang pasti akan dilalui. Kelemahan yang perlu diperbaiki oleh diri saya sendiri untuk menjadi yang lebih baik. Sifat-sifat yang perlu dibuang atau perlu dikurangkan dalam diri saya supaya hidup pun banyak berjasa daripada merasa sahaja. Harap apa yang disampaikan dapat menjadi renungan rakan-rakan sekalian. Saya cuma menyatakan penyelesaian untuk kelemahan diri sendiri bagi renungan bersama. InsyaAllah. Kurangkan sifat mazmumah (keji) dan perbanyakkan sifat mahmudah (terpuji). Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan