Isnin, 1 Mac 2010

Life's Really Hard

Salam...

aku dah lama gila x update blog nie.berhabuk rasanya.macam2 berlaku.jatuh bangun.sekejap je berlalu 3 bulan.sampai results pun dah keluar minggu lepas.amat membanggakan bagi parents aku sebab perangai aku yang sebegitu dapat menzahirkan results yang sebegitu rupa,bagi aku,syukur alhamdulillah dan ternyata amat mengejutkan juga sebenarnya.


hairan aku jadinya,bukan disebabkan results tersebut tetapi dengan hati aku nie.banyak benda yang bermain di fikiran aku sehingga menganggu hati jugak.mungkin semakin lama hidup,semakin banyak masalah yang akan timbul agaknya.jadi,sebab itu aku banyak berfikir.aku masih merenungkan tentang hal ini.


benda yang paling banyak aku fikirkan.mahu cerita ini.alang-alang dah lama x post kan.haha.tapi jangan tergamam ye walaupun muda-muda aku dah berfikiran begini.paling banyak,tentang kematian.aku sering fikirkan kematian dan alam selepas mati.adakah aku ini seperti orang tua?haha.mungkin juga.itu lah sifat aku,ramai saudara-saudaraku juga berkata demikian.


kenapa selalu aku berfikiran sebegitu rupa?cubalah korang semua bayangkan.masa kita hidup di dunia ini hanya beberapa puluh tahun saje.betul x?kita tak tahu bila kita akan mati.jika ditanyakan pada aku.sama ada syaitan atau mati,yang mana lebih aku takutkan.tanpa ragu2 aku akan jawab aku lebih takutkan kematian.


hal ini hanya mukaddimah daripada aku.ape yang aku fikirkan tentang kematian.cubalah rakan-rakanku renungkan apa yang telah aku katakan buat permulaan ini.lain hari dan masa aku akan terangkan lebih mendalam lagi tentang perkara ini insyaALLAH.AMIN!