Salam (sejahtera) kepada semua pembaca...
sudah lama rasanya tidak menulis blog.. bukan taknak menulis tapi malas... line connection ada tapi sikap malas 2 menghantui diri. Mungkin sibuk juga dengan alam Uni yang x berkesudahan ini.
Bukan nak berbual kosong sahaja.akan menceritakan peristiwa yang telah berlaku.. mungkin dapat memberi sedikit pengajaran pada penulis dan pembaca.
baru-baru ini penulis telah menghadiri pelbagai jenis program yang dijalankan oleh 1-2 kelab di bawah UUM, program yang bagus iaitu satunya adalah 'Bicara Hati' yang disampaikan oleh seorang pensyarah UITM yang sudah mempunyai gelaran Professor.mengenai Islam secara amnya melalui apa yang telah beliau alami pada zaman kegelapan beliau.namun Professor ini sudah mulai berubah setelah faham ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
Ceramah yang disampaikan amat menarik perhatian walaupun memakan masa yang agak lama.sehingga lewat malam jugak.tetapi isi yang disampaikan penuh memberi keinsafan dan pengajaran pada semua pendengar.Program 'Bicara Hati' ini telah dianjurkan oleh PERKIM UUM.
Pada Jumaat yang lepas, penulis juga telah mengikut satu kelab yang tidak diketahui namanya ke sebuah rumah sinar harapan (rumah untuk golongan OKU yang berumur 3-14 tahun). Tujuan utamanya ke sana adalah untuk membuat mural dan mencantikkan lagi beberapa kawasan di dalam rumah tersebut. Namun, tujuan sebenar penulis adalah menemani rakan ke sana pada mulanya. Apabila telah berada di sana, baru penulis sedar bahawa tempat itu memberikan keinsafan kepadanya. Sebagai manusia normal kita perlu menggunakan fizikal kita dengan sebaiknya dan janganlah kita membuat sesuatu yang kurang mulia kepada golongan OKU.
Rumah Sinar Harapan itu berada di Jitra, Kedah untuk pengetahuan semua. Program yang mengambil masa hanya 5jam ini memberi manfaat yang besar kepada semua yang mengikutinya. Ramai kenalan baru juga yang penulis temui dan paling menggembirakan adalah apabila kedatangan penulis dan ahli yang lain di alu-alukan dengan penuh keceriaan.
Penulis juga akan menghadiri AGM Fasilitator Club Bank Rakyat pada 20/10/10, 8:30 Malam. Penulis tidak mengetahui apakah tujuan sebenar AGM tersebut diadakan buat masa ini. Apa yang penuis ketahui hanya AGM dilakukan untuk melantik muka-muka baru menggantikan muka-muka lama untuk jawatan tertinggi kelab dan penulis telah dijemput untuk hal ini serta kedatangan adalah WAJIB.
Pada hari itu juga adalah ulang tahun kelahiran ibu penulis iaitu Siti Zaleha binti Hashim dan keesokan harinya iaitu 21/10/10 adalah ulang tahun kelahiran salah seorang rakan baik penulis iaitu Ilien Elina binti Kamaruzzaman.
Penulis mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kedua-duanya dan penulis mendoakan bahawa kedua-duanya mempunyai kesihatan yang baik dan menempuh liku-liku hidup dengan penuh lancar dan tabah. Amin!