Selasa, 30 November 2010

14 days to go... xD

As Salam...
Akhirnya aku dah rasa rindu untuk pulang ke rumah, tak sabar nak pulang. Peperiksaan belum tamat lagi ni. Teruskan perjuangan. ^_^

Khamis, 18 November 2010

Happy Eid Adha

Salam 1 Malaysia...
Salam 1 UUM....


Pada hari ini, penulis nak menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku selepas apa yang penulis telah tuliskan pada ulasan yang lepas. Tidaklah begitu mengingati apa yang telah berlaku tapi sekarang ini sebenarnya tengah cuti sempena minggu belajar serta cuti tambahan disebabkan banjir yang berlaku disekitar UUM.


Ulasan yang lepas penulis telah menceritakan beberapa peristiwa yang penulis lakukan sepanjang tidak pulang ke rumah semasa cuti minggu belajar.Pada kali ini penulis ingin menceritakan apa yang penulis lalui sehingga ke saat ini. Walaupun tidak pulang ke rumah namun penulis banyak juga melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan yang paling seronoknya adalah rehat yang sangat panjang. Beraya di Universiti Utara malaysia memberikan sedikit kenangan dan pengalaman baru buat penulis.


Cerita berkenaan dengan Raya Aidil Adha yang telah lepas baru-baru ini, penulis tidaklah berasa perasaan sedih yang teramat sangat kerana tidak pulang dan perasaan sedih yang ada pun penulis cuba tukarkan dengan perasaan ingin mencuba dan pengalaman beraya di tempat orang. Pada hari raya pertama, penulis dan rakan-rakan masuk ke masjid yang berada di dalam UUM untuk menunaikan solat sunat Hari Raya. Selain itu, terdapat juga ibadah korban yang telah dilaksanakan di masjid tersebut. Sebanyak 9 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah menjadi bilangan haiwan yang dikorbankan. Jamuan untuk semua pelajar dan masyarakat yang hadir juga disediakan. Contoh makanan adalah seperti rendang, lemang dan mee kari.


Pada hari raya kedua pula sebilangan mahasiswa iaitu penulis dan rakan-rakan penulis sendiri berpeluang untuk merasai beraya di negeri Perlis. Kami menziarahi keluarga mak angkat kepada seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Pada hari tersebut boleh dikatakan hari yang penuh dengan makanan dan makanan sahaja. Sebanyak 3 tempat yang dikunjungi dan kesemuanya mempunyai makanan yang enak untuk dijamah. Hari itu sungguh menyeronokkan dan meletihkan.


Hari raya ketiga, ibadah korban telah dilakukan di Masjid As-Syafie, Masjid Bukit Kachi. hanya seekor lembu sahaja yang dikorbankan. Hasil korban diagihkan kepada penduduk kampung berdekatan selain itu digunakan untuk bahan-bahan jamuan selepas solat Jumaat. Peulis ada juga membantu namun tidaklah sebegitu banyak. Pengalaman baru dan belajar perkara baru. Perasaan seronok, berdikari dan bertanggungjawab dirasai selama beraya di sini. Banyak menimba pengalaman baru dan mempelajari ilmu baru sebagai sesuatu yang amat berguna.


Sekarang ini tengah di alam peperiksaan. dua subjek telah selesai iaitu Teori Pembangunan Dunia Ketiga dan Hubungan Etnik. Ulasan tentang kedua-dua kertas soalan? sangat mudah JIKALAU MEMbuAT ULAnGKAJI, malangnya penulis bukan orang yang sebegitu. Sekadar apa yang di baca itu dapatlah dijawab semasa peperiksaan. Masih ada 4 lagi kertas peperiksaan yang akan di ambil. Dengan izin Allah, penulis akan mendapat keputusan yang cemerlang. AMIN!

Sabtu, 6 November 2010

Guide to a Better Life

To share this is amazing, he died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book 'The last lecture" before then, one of the bestsellers in 2007. What a legacy to leave behind...

In a letter to his wife Jai and his
children, Dylan, Logan , and... Chloe, he wrote this beautiful "guide to a
better life" for his wife and children to follow.
May you be blessed by his insight

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE by Randy Pausch

Personality:

1. Don't compare your life to
others'.You have no idea what their journey is all about.

2. Don't have negative thoughts of
things you cannot control. Instead invest your energy in the positive
present moment

3. Don't over do; keep your limits

4. Don't take yourself so seriously; no
one else does

5. Don't waste your precious energy on
gossip

6. Dream more while you are awake

7. Envy is a waste of time. You already
have all you need..

8. Forget issues of the past. Don't
remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your
present happiness.

9. Life is too short to waste time
hating anyone. Don't hate others.

10. Make peace with your past so it
won't spoil the present

11. No one is in charge of your
happiness except you

12. Realize that life is a school and
you are here to learn.Problems are simply part of the
curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons
you learn will last a lifetime.

13. Smile and laugh more

14. You don't have to win every
argument. Agree to disagree.

Community:

15. Call your family often

16. Each day give something good to
others

17. Forgive everyone for everything

18. Spend time with people over the age
of 70 & under the age of 6

19. Try to make at least three people
smile each day

20. What other people think of you is
none of your business

21. Your job will not take care of you
when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

22. Put GOD first in anything and
everything that you think, say and do.

23. GOD heals everything

24. Do the right things

25. However good or bad a situation is,
it will change

26. No matter how you feel, get up,
dress up and show up

27. The best is yet to come

28. Get rid of anything that isn't
useful, beautiful or joyful

29. When you awake alive in the morning,
thank GOD for it

30. If you know GOD you will always be
happy. So, be happy.

While you practice all of the above,
share this knowledge with the people you love, people you school with,
people you play with, people you work with and people you live with. Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Jumaat, 5 November 2010

Dugaan Besar Melanda warga Kedah ...

Salam Satu UUM...
Salam Satu Malaysia...


asyik tangguh saje bila nak menaip blog. akhirnya jatuh pada malam ini penulis ingin memberitahu tentang beberapa peristiwa yang penulis lakukan dan alami baru-baru ini...


Ingin diceritakan, pada 22/10/2010 - 24/10/2010 tidak silap penulis, penulis telah menjadi fasilitator untuk satu program untuk lepasan PMR yang programnya diberi nama ENGLISH CAMP. Bagus juga program itu. Mengajar anak Melayu untuk lebih berani menggunakan bahasa Inggeris, sedangkan anak Melayu sekarang ini takut untuk berbahasa Inggeris disebabkan malu dan takut dipersendakan.


Kemudian, penulis mengikuti atau melibatkan diri dalam Malam Pembukaan Majlis Konvokesyen UUM, Pada malam itu, penulis bertugas sebagai seorang pembonceng basikal tua ketiga bersam rakan-rakan pembonceng yang lain. Penulis seronok dengan apa yang dilakukan dan malam itu juga pelbagai jenis hiburan dipersembahkan. Seperti pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan PALAPES, pasukan SUKSIS mempamerkan kehebatan skuadnya, aksi lagak ngeri oleh pasukan bermotosikal WIRA MERAH dan kehadiran Tomok memeriahkan majlis pada malam itu.


Sejurus selepas itu, hujan telah melanda Bumi Sintok selama 3hari 3malam tanpa henti sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Kedah mengalami banjir seperti di Jitra dan Alor Star. Masa itu pula memang ada Expo Konvokesyen selama 4hari... 3hari yang amat merugikan kepada peniaga sebab mungkin keuntungan yang boleh diperolehi agak kurang dan mungkin juga rugi... Banjir yang melanda menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda walaupun tidaklah begitu banyak... kasihan pada warga Kedah yang mengalaminya... setiap kejadian ada hikmah disebaliknya... sama-samalah kita redha atas apa yang telah berlaku...


Pada tarikh 4/11/2010, penulis memberikan bantuan yang termampu kepada mangsa banjir iaitu dengan mengikuti gerakan sukarelawan UUM yang membantu beberapa kawasan perumahan yang dilanda banjir... Penulis dapat merasakan sedikit sebanyak perit dan derita mangsa banjir. Pada hari yang sama juga berita mengenai Peperiksaan Akhir Semester telah ditunda selepas raya haji dikeluarkan. Ramai yang mengetahui tentangnya telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam masa yang sama, ramai pelajar mengeluarkan perasaan terkilan dan kecewa. Namun,ada juga pelajar yang merasakan ini adalah satu kebaikan. Penulis cuma redha dan hanya tinggal di Sintok tanpa pulang ke kampung halaman setelah mendapat izin orang tua. Sekarang ini tempat kediaman pelajar penulis amat sunyi kerana kebanyakan penghuninya telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Tamat mengenai kisah jalan hidup penulis buat waktu ini.

Ahad, 17 Oktober 2010

18/10/2010

Salam (sejahtera) kepada semua pembaca...

sudah lama rasanya tidak menulis blog.. bukan taknak menulis tapi malas... line connection ada tapi sikap malas 2 menghantui diri. Mungkin sibuk juga dengan alam Uni yang x berkesudahan ini.
Bukan nak berbual kosong sahaja.akan menceritakan peristiwa yang telah berlaku.. mungkin dapat memberi sedikit pengajaran pada penulis dan pembaca.


baru-baru ini penulis telah menghadiri pelbagai jenis program yang dijalankan oleh 1-2 kelab di bawah UUM, program yang bagus iaitu satunya adalah 'Bicara Hati' yang disampaikan oleh seorang pensyarah UITM yang sudah mempunyai gelaran Professor.mengenai Islam secara amnya melalui apa yang telah beliau alami pada zaman kegelapan beliau.namun Professor ini sudah mulai berubah setelah faham ajaran Islam yang sebenar-benarnya.


Ceramah yang disampaikan amat menarik perhatian walaupun memakan masa yang agak lama.sehingga lewat malam jugak.tetapi isi yang disampaikan penuh memberi keinsafan dan pengajaran pada semua pendengar.Program 'Bicara Hati' ini telah dianjurkan oleh PERKIM UUM.


Pada Jumaat yang lepas, penulis juga telah mengikut satu kelab yang tidak diketahui namanya ke sebuah rumah sinar harapan (rumah untuk golongan OKU yang berumur 3-14 tahun). Tujuan utamanya ke sana adalah untuk membuat mural dan mencantikkan lagi beberapa kawasan di dalam rumah tersebut. Namun, tujuan sebenar penulis adalah menemani rakan ke sana pada mulanya. Apabila telah berada di sana, baru penulis sedar bahawa tempat itu memberikan keinsafan kepadanya. Sebagai manusia normal kita perlu menggunakan fizikal kita dengan sebaiknya dan janganlah kita membuat sesuatu yang kurang mulia kepada golongan OKU.


Rumah Sinar Harapan itu berada di Jitra, Kedah untuk pengetahuan semua. Program yang mengambil masa hanya 5jam ini memberi manfaat yang besar kepada semua yang mengikutinya. Ramai kenalan baru juga yang penulis temui dan paling menggembirakan adalah apabila kedatangan penulis dan ahli yang lain di alu-alukan dengan penuh keceriaan.


Penulis juga akan menghadiri AGM Fasilitator Club Bank Rakyat pada 20/10/10, 8:30 Malam. Penulis tidak mengetahui apakah tujuan sebenar AGM tersebut diadakan buat masa ini. Apa yang penuis ketahui hanya AGM dilakukan untuk melantik muka-muka baru menggantikan muka-muka lama untuk jawatan tertinggi kelab dan penulis telah dijemput untuk hal ini serta kedatangan adalah WAJIB.


Pada hari itu juga adalah ulang tahun kelahiran ibu penulis iaitu Siti Zaleha binti Hashim dan keesokan harinya iaitu 21/10/10 adalah ulang tahun kelahiran salah seorang rakan baik penulis iaitu Ilien Elina binti Kamaruzzaman.

Penulis mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kedua-duanya dan penulis mendoakan bahawa kedua-duanya mempunyai kesihatan yang baik dan menempuh liku-liku hidup dengan penuh lancar dan tabah. Amin!

Rabu, 29 September 2010

Uni Utara Malaysia..

salam...

wahhh... banyak lama sudak tala post ini blog.sebenarnya lam ke tidak itu tak penting.cuma nak beritahu yang sudah 3 bulan rasanya berada di UUM. macam-macam dah berlaku...
kes terbaru, sebenarnya berlaku banyak curi-mencuri di sini...
hari ini tertangkap suspek pertama tapi terlepas tanpa ke uka pengadilan pun...
biasa lah setiap benda ada baik dan buruknya,,,, think positive je la...

kes terbaru yg kedua.. biasa la ejek-mengejek...almaklumlah pada awalnya mmg seronok...
tapi bila lama-kelamaan makin kurang enak pula benda kanak-kanak ini...
patut dihentikan je laa... perkara-perkara ini kan melanggar hukum Allah lagi satu alasan kukuhnya..

itu je la utk hari ini... :)

Isnin, 7 Jun 2010

When The Day Has Come,Aku akan Semakkan Balik BLOG ini...

Salam to all my frens out there...

aku sangat tak percaya,lebih 3 bulan aku xupdate blog nie..dah macam sampah dah jadinya...ish3,kesian...xpe2..dalam masa yang ada ini..aku cuba lah menghabiskan waktu untuk menceritakan peristiwa2 yang boleh aku kongsikan pada semua...


3bulan...kerja-kerja-kerja...memang hati tension tapi masa agak cepat berlalu dan tak la bosan sangat...kerja sebagai customer service tidak penat fizikal tapi sakit kepala nak jawab benda yg kita ingat remeh...haihz...Alhamdulillah,tinggal satu hari saja lagi aku perlu kerja iaitu 15th June and after that aku ada banyak urusan lain yang perlu dilakukan...


selain kerja...dalam tempoh 3bulan nie...ape yang berlaku lagi...ape yang aku lakukan...ehhh,mesti la join events larian...itu mesti takkan miss lah...one of the best way untuk orang macam aku hilangkan stress... ada macam-macam event aku join selam 3 bulan nie... Larian Bomba lah,MYPSA HEALTH Marathon lah... Setia Alam Run lah.. Menara KL TOWERTHON pun... takkan bosan kalau join aktivii2 sihat macam nie... penat tapi hati rasa seronok...boleh jumpa kenalan lama jugak...


Bab2 perasaan...haihz.susah nak cakap,tahun ini je dah dua orang yang aku suka tengah jadi hak milik orang...hati sakit diri sendiri je la tau...bila aku fikir balik,lebih baik kesunyian daripada kesakitan...nak tempat bermanja tapi hati yang sakit...aku tak pernah menyesal nak menyayangi orang yg aku sayang dan aku takkan minta lebih kalau dorang tak benarkan cuma aku tak faham kenapa secara tiba-tiba dorang terus berubah...aku jadi culture shock...bertambah sakit...kes ini memang panjang..salah aku paling banyaklah,so aku kena terima je semua ini..conclusion untuk benda nie...buat masa sekarang,aku dah taubat...seberapa jealous aku tengok orang bercinta,seberapa sunyinya aku tanpa teman untuk bermanja,seberapa sakitnya hati aku untuk benda yang aku memang hendakkan tapi tak dapat...aku takkan cuba2 nak kenal dengan someone untuk tackle dia...jadi diri sendiri and merendah diri...aku akan cuba...sunyi pun sunyi lah...panjanglah kat bab nie...aku malas nak cerita lagi...sakit ada lahhh!


so,aku pun dah sampai ke topik yang aku rasa macam tak percaya aku akan masukkan...matlamat aku masa 3bulan tak tulis blog...aku cuba dapatkan keyakinan untuk perjuangkan somethng bila dah masuk U nnt,insyaALLAH...mak pun dah macam tak sabar jer,siap ada member dia nak tolong sikit...aku kena balas balik tu..bagi proud sama dia...aku kan cuba yang terbaik...itu jerr yang boleh disampaikan pasal study aku ketika ini... harap dapat join U dengan course yg aku boleh bawa dan peluang kerja yang bagus... AMIN!!!


disebabkan aku stress balik,aku dah buat plan...aku punya plan...dipanggil sebagai DAYS OF RECOVERY...entah ape punya program entah...sebenarnya menyakitkan...sekarang 2 plan asyik tertunggak je sebab busy dengan membe2 sampai larut malam...haha.masing2 mengajak kesana-sini...buat bodoh jer.lepak main game,lepak minum teh tarik/milo panas.dah hari ke-3,esok hari ke-4,baru 1 hari je succesfull...nak cerita aktiviti ape untuk program inie...segan nak cerita...text aku kalau nak tahu...haha.private sikit...


buat masa sekarang ini sahaja ceritanya... nak gambar ke? saksikan di facebook sahaja terlebih..hati sudah malas.haha.take care all! see you soon~~~

Isnin, 1 Mac 2010

Life's Really Hard

Salam...

aku dah lama gila x update blog nie.berhabuk rasanya.macam2 berlaku.jatuh bangun.sekejap je berlalu 3 bulan.sampai results pun dah keluar minggu lepas.amat membanggakan bagi parents aku sebab perangai aku yang sebegitu dapat menzahirkan results yang sebegitu rupa,bagi aku,syukur alhamdulillah dan ternyata amat mengejutkan juga sebenarnya.


hairan aku jadinya,bukan disebabkan results tersebut tetapi dengan hati aku nie.banyak benda yang bermain di fikiran aku sehingga menganggu hati jugak.mungkin semakin lama hidup,semakin banyak masalah yang akan timbul agaknya.jadi,sebab itu aku banyak berfikir.aku masih merenungkan tentang hal ini.


benda yang paling banyak aku fikirkan.mahu cerita ini.alang-alang dah lama x post kan.haha.tapi jangan tergamam ye walaupun muda-muda aku dah berfikiran begini.paling banyak,tentang kematian.aku sering fikirkan kematian dan alam selepas mati.adakah aku ini seperti orang tua?haha.mungkin juga.itu lah sifat aku,ramai saudara-saudaraku juga berkata demikian.


kenapa selalu aku berfikiran sebegitu rupa?cubalah korang semua bayangkan.masa kita hidup di dunia ini hanya beberapa puluh tahun saje.betul x?kita tak tahu bila kita akan mati.jika ditanyakan pada aku.sama ada syaitan atau mati,yang mana lebih aku takutkan.tanpa ragu2 aku akan jawab aku lebih takutkan kematian.


hal ini hanya mukaddimah daripada aku.ape yang aku fikirkan tentang kematian.cubalah rakan-rakanku renungkan apa yang telah aku katakan buat permulaan ini.lain hari dan masa aku akan terangkan lebih mendalam lagi tentang perkara ini insyaALLAH.AMIN!