Salam 1 UUM....
Pada hari ini, penulis nak menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku selepas apa yang penulis telah tuliskan pada ulasan yang lepas. Tidaklah begitu mengingati apa yang telah berlaku tapi sekarang ini sebenarnya tengah cuti sempena minggu belajar serta cuti tambahan disebabkan banjir yang berlaku disekitar UUM.
Ulasan yang lepas penulis telah menceritakan beberapa peristiwa yang penulis lakukan sepanjang tidak pulang ke rumah semasa cuti minggu belajar.Pada kali ini penulis ingin menceritakan apa yang penulis lalui sehingga ke saat ini. Walaupun tidak pulang ke rumah namun penulis banyak juga melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan yang paling seronoknya adalah rehat yang sangat panjang. Beraya di Universiti Utara malaysia memberikan sedikit kenangan dan pengalaman baru buat penulis.
Cerita berkenaan dengan Raya Aidil Adha yang telah lepas baru-baru ini, penulis tidaklah berasa perasaan sedih yang teramat sangat kerana tidak pulang dan perasaan sedih yang ada pun penulis cuba tukarkan dengan perasaan ingin mencuba dan pengalaman beraya di tempat orang. Pada hari raya pertama, penulis dan rakan-rakan masuk ke masjid yang berada di dalam UUM untuk menunaikan solat sunat Hari Raya. Selain itu, terdapat juga ibadah korban yang telah dilaksanakan di masjid tersebut. Sebanyak 9 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah menjadi bilangan haiwan yang dikorbankan. Jamuan untuk semua pelajar dan masyarakat yang hadir juga disediakan. Contoh makanan adalah seperti rendang, lemang dan mee kari.
Pada hari raya kedua pula sebilangan mahasiswa iaitu penulis dan rakan-rakan penulis sendiri berpeluang untuk merasai beraya di negeri Perlis. Kami menziarahi keluarga mak angkat kepada seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Pada hari tersebut boleh dikatakan hari yang penuh dengan makanan dan makanan sahaja. Sebanyak 3 tempat yang dikunjungi dan kesemuanya mempunyai makanan yang enak untuk dijamah. Hari itu sungguh menyeronokkan dan meletihkan.
Hari raya ketiga, ibadah korban telah dilakukan di Masjid As-Syafie, Masjid Bukit Kachi. hanya seekor lembu sahaja yang dikorbankan. Hasil korban diagihkan kepada penduduk kampung berdekatan selain itu digunakan untuk bahan-bahan jamuan selepas solat Jumaat. Peulis ada juga membantu namun tidaklah sebegitu banyak. Pengalaman baru dan belajar perkara baru. Perasaan seronok, berdikari dan bertanggungjawab dirasai selama beraya di sini. Banyak menimba pengalaman baru dan mempelajari ilmu baru sebagai sesuatu yang amat berguna.
Sekarang ini tengah di alam peperiksaan. dua subjek telah selesai iaitu Teori Pembangunan Dunia Ketiga dan Hubungan Etnik. Ulasan tentang kedua-dua kertas soalan? sangat mudah JIKALAU MEMbuAT ULAnGKAJI, malangnya penulis bukan orang yang sebegitu. Sekadar apa yang di baca itu dapatlah dijawab semasa peperiksaan. Masih ada 4 lagi kertas peperiksaan yang akan di ambil. Dengan izin Allah, penulis akan mendapat keputusan yang cemerlang. AMIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan