Salam Satu UUM...
Salam Satu Malaysia...
asyik tangguh saje bila nak menaip blog. akhirnya jatuh pada malam ini penulis ingin memberitahu tentang beberapa peristiwa yang penulis lakukan dan alami baru-baru ini...
Ingin diceritakan, pada 22/10/2010 - 24/10/2010 tidak silap penulis, penulis telah menjadi fasilitator untuk satu program untuk lepasan PMR yang programnya diberi nama ENGLISH CAMP. Bagus juga program itu. Mengajar anak Melayu untuk lebih berani menggunakan bahasa Inggeris, sedangkan anak Melayu sekarang ini takut untuk berbahasa Inggeris disebabkan malu dan takut dipersendakan.
Kemudian, penulis mengikuti atau melibatkan diri dalam Malam Pembukaan Majlis Konvokesyen UUM, Pada malam itu, penulis bertugas sebagai seorang pembonceng basikal tua ketiga bersam rakan-rakan pembonceng yang lain. Penulis seronok dengan apa yang dilakukan dan malam itu juga pelbagai jenis hiburan dipersembahkan. Seperti pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan PALAPES, pasukan SUKSIS mempamerkan kehebatan skuadnya, aksi lagak ngeri oleh pasukan bermotosikal WIRA MERAH dan kehadiran Tomok memeriahkan majlis pada malam itu.
Sejurus selepas itu, hujan telah melanda Bumi Sintok selama 3hari 3malam tanpa henti sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Kedah mengalami banjir seperti di Jitra dan Alor Star. Masa itu pula memang ada Expo Konvokesyen selama 4hari... 3hari yang amat merugikan kepada peniaga sebab mungkin keuntungan yang boleh diperolehi agak kurang dan mungkin juga rugi... Banjir yang melanda menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda walaupun tidaklah begitu banyak... kasihan pada warga Kedah yang mengalaminya... setiap kejadian ada hikmah disebaliknya... sama-samalah kita redha atas apa yang telah berlaku...
Pada tarikh 4/11/2010, penulis memberikan bantuan yang termampu kepada mangsa banjir iaitu dengan mengikuti gerakan sukarelawan UUM yang membantu beberapa kawasan perumahan yang dilanda banjir... Penulis dapat merasakan sedikit sebanyak perit dan derita mangsa banjir. Pada hari yang sama juga berita mengenai Peperiksaan Akhir Semester telah ditunda selepas raya haji dikeluarkan. Ramai yang mengetahui tentangnya telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam masa yang sama, ramai pelajar mengeluarkan perasaan terkilan dan kecewa. Namun,ada juga pelajar yang merasakan ini adalah satu kebaikan. Penulis cuma redha dan hanya tinggal di Sintok tanpa pulang ke kampung halaman setelah mendapat izin orang tua. Sekarang ini tempat kediaman pelajar penulis amat sunyi kerana kebanyakan penghuninya telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Tamat mengenai kisah jalan hidup penulis buat waktu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan