Salam Sejahtera dan Selamat Pagi
Alhamdulillah, keadaan luka semakin lama semakin baik, dah nak kering pun, walaupun mengambil masa yang lama, namun amat bersyukur kerana sudah mampu berjalan, tidak menyusahkan banyak pihak seperti pada awalnya dahulu.
Pada keadaan ini, perasaan tidaklah begitu riang atas sebab baru bangun kemungkinannya, mungkin ada sebab lain, tapi kebiasaannya memang begitulah, apabila bangun daripada tidur umpama 'aircond' yang baru sahaja di buka, mungkin itu gayanya.
Ramadhan hampir kunjung tiba, kunjungan yang telah dinanti-nantikan oleh umatNya yang amat menantikannya namun tidak pula bagi sebilangan manusia yang kurang merasai nikmat Ramadhan yang penuh barakah ini. Moga-moga umat manusia yang bergear Islam dapat hidupkan Ramdahan ini dengan penuh keinsafan, keimanan dan mendapat berkat daripada yang Esa.
Di sudut yang ingin dibayangkan, seseorang yang mampu berfikir dan mempunyai jiwa yang boleh digunakan dengan baik, bijak dan sebiasa yang boleh seharusnya bersyukur dengan kurniaan yang diberikan oleh Ilahi, kebesaranNya itu patut disyukuri dengan menggunakannya pada landasan yang benar. Melalui pemikiran, munculnya pendapat, seperti yang boleh difahami, dunia ini berbentuk pelbagai tapi tujuannya satu, pelbagai ini unik, bukan sahaja luaran (fizikal) sahaja unik namun dalaman (spiritual) pun berbentuk unik, pemikiran manusia juga pelbagai. Setiap manusia mempunyai pendapat tersendiri yang kadang-kadang bersamaan dengan manusia yang lain dan kadang-adang sebaliknya.
Pendapat ini secara zahirnya dirasai oleh manusia yang memikirkannya sebagai satu kenyataan atau fakta yang benar dan jika dilanggari oleh manusia yang lain, percanggahan pendapat berlaku. Apabila berlakunya percanggahan pendapat, manusia masing-masing ingin meletakkan pendapat mereka yang perlu diutamakan. Penyelesaian yang boleh dicapai adalah perdengarkan pendapat-pendapat tersebut dan bersifat lebih terbuka dan menerima. Hal ini demikian kerana tidak semua pendapat yang kita rasakan betul dan tidak semua pendapat orang lain itu adalah salah kerana manusia itu dilahirkan tidak sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan