Khamis, 23 Jun 2011

Chini itu Kali pertama dijejaki


Assalammualaikum warahmatullah
Salam sejahtera

Pada 1 Febuari - 4 Febuari telah diadakan Program Baktisiswa anjuran DPP (Dewan Penginapan Pelajar) Bank Rakyat, UUM di Felda Chini 3. Program Baktisiswa ini bertujuan untuk pelajar-pelajar UUM mengenai cara kehidupan masyarakat setempat dan memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat sekeliling selain daripada mendapatkan keluarga angkat di sana.

Saya selaku salah seorang peserta adalah dengan bangganya mengatakan program ini adalah program baktisiswa pertama saya. Agak gementar dan masih berasa seronok dengannya. Pelbagai aktiviti untuk penuhi perjalanan program telah disediakan.


Bersama keluarga angkat, ayah dan mak bersama roomate sendiri yang menjadi housemate

Di sana, ayah angkat saya bernama En. Abu Talib, sangat baik orangnya. Malangnya sukar nak dihubungi sehingga sekarang ini. Dia ada juga kontak tapi tak boleh dengar seara jelas. InsyaAllah akan cuba kontak lagi. Saya ditempatkan bersama dengan roomate UUM saya sendiri, saudara Farid Zul. Nama mak angkat tak ingatlah. Hehe. Adik-adik angkat bernama Imran dan Tarmizi, ada lagi yang lain tapi semua tiada di rumah.

Macam-macam aktiviti disediakan macam gotong-royong, sukaneka, malam aspirasi seni dan ramah-mesra penduduk kampung dan pelajar-pelajar UUM. Program kali ini diikuti oleh 4 orang pelajar UMS (pertukaran pelajar). Sama dengan program-program lain, senang mengenali kenalan-kenalan baru dan seperti biasa, program kedua kami 5 beradik bersama. Hariz, Farid, Shazwi, Zulfian dan Syamil.

Rajin deme ni bergotong-royong

Seronok ye Zulfian dan Shaz kat belakang 2 jalan2 di Tasik Chini

from left: Shazwi, Farid, Me, Zulfian dan Syamil

Masa sukaneka bersama keluarga angkat saya dan geng2 teddy Shaz serta bakal YDP MPP

Jadi memang pelbagai aktiviti diadakan tetapi secara tolak bandingnya, ada la masalah yang perlu diambil berat seperti penjagaan masa. Janganlah sesuatu aktiviti itu melangkaui jam 12 tgh malam dan disebabkan aktiviti yang sangat padat, peluang untuk bersama keluarga angkat menjadi kurang. Anyway and anyhow program BAKSIS ini boleh tahan gempaklahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan